Kurnia Alec Issigonis

Issigonis (dipanggil "The Greek God" oleh rakan sebayanya) dilantik menjadi Felo di kesatuan Diraja (Royal Society) dalam tahun 1967 dan diberikan anugerah CBE, yang membawa gelaran “Sir” dalam tahun 1969.

Walaupun Issigonis paling diingati kerana ciptaan kereta Mini, dia sendiri paling bangga dengan kereta Morris Minor yang dilihatnya menggabungkan ciri-ciri kemewahan dan keserbagunaan sebuah kereta yang baik dengan harga yang boleh termampu oleh golongan pekerja. Ini berbanding dengan kereta Mini yang hanya dilengkapkan dengan kemudahan asas sahaja – asal jalan sudah!